Minggu lepas 18 nov, BK menyertai kursus olahraga anjuran gayung fatani kg laut. Kursus berlangsung selama 3 hari 2 malam telah memberi penambahan terhadap informasi mengenai silat olahraga dan gayung fatani. Balik kursus terus demam, ni baru baik.. ni sedikit gambaran tentang kursus tu..
![]() |
| cikgu yazid's briefing |
![]() | |
| dengar ceramah je 3 hari |
Nak cerita apa yang BK dapat pon panjang sebenarnya, jadi BK tak nak cerita. Cuma BK nak cerita sikit suasana latihan silat. Silat biasanya dikaitkan dengan islam memandangkan silat telah melalui revolusi dimana budaya-budaya silat yang sedikit sebanyak mengandungi unsur tahyul pada zaman dahulu telah diresapi oleh akhlak-akhlak islam. Namun budaya-budaya islam yang sepatutnya ada dalam silat telah dipisahkan oleh ahli-ahli silat. Pelatih lelaki dan perempuan berlatih bersama, bukan setakat berlatih dalam majlis yang sama. Kita sentiasa ditazirahkan dengan belajar silat adalah fardu kifayah berdasarkan al-quran
Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. (QS al-Anfal [8]: 60).
Bahkan kita juga didedahkan dengan keadaan dan situasi sekarang yang merbahaya dan memerlukan kita untuk mempunyai bekalan ilmu mempertahankan diri. Begitulah mereka menekankan kepentingan dan keperluan ilmu ini untuk dipelajari. Tambahan lagi mereka mengatakan bahawa silat juga mampu mendidik dan membentuk akhlak yang baik dan terpuji. Namun, BK terkilan ketika proses latihan jurulatih membenarkan tindakan lelaki dan perempuan yang boleh berkahwin berlatih bersama. Terlalu jelas mereka hanya mengikut suruhan Tuhan jika ia bertepatan dengan nafsu dan sebaliknya.
-
----------lau owang couple k gak pgang2, diaorang memang tgh buat mende x elok. p silat ni mende elok, tiba2 dicampur adukkan dengan maksiat.. hilang nilai silat--------------














