Friday, 23 September 2011

silat bergaya haiwan

Semalam ada la BK tengok satu video, diaorang komen sal silat yang tiru gaya haiwan.. diaorang cakap haiwan tu fleksibel je, sedangkan kita nampak janggal dengan pergerakan-pergerakan tersebut.. ini melawan fitrah; kata diaorang tu la..

Pada BK tak ada salahnya kita nak tiru gaya haiwan-haiwan, bukan tiru perangai haiwan.. Lagi pun kalau dilihat pada fizikal manusia tiada satu pun bersifat senjata yang boleh digunakan untuk beladiri.. sebagai contoh harimau, ular dan kura-kura. Mereka mempunyai fizakal yang secara semula jadi digunakan untuk mempertahankan diri iaitu harimau dengan kukunya, ular dengan taringnya yang berbisa dan kura-kura dengan cengkerangnya yang keras. namun apa yang ada pada manusia untuk membela diri..? tangan digunakan untuk mengangkat barang dan membuat kerja harian.. Kaki untuk berjalan.. Pada pendapat BK kita telah menambahkan aplikasi kaki dan tangan supaya boleh digunakan dalam beladiri untuk menangkis, menumbuk, menendang dan sebagainya.. Sebagai contoh sudu, kebiasaannya sudu digunakan untuk mencedok sup,kuah atau makanan.. itu tujuan asal sudu dicipta, namun kadang-kadang kita menggunakan sudu untuk mencungkil penutup tin yang ketat ..

Di samping itu klip video itu juga menegaskan latihan-latihan artis beladiri yang lain untuk menambahkan ketahanan fizikal seperti latihan menguatkan tulang kering, angkat berat dan lain-lain berkemungkinan menyebabkan kita lupa bahawa ada yang lebih kuat daripada kita. Selain itu, lahir perasaan sombong dan angkuh dengan kekuatan dan ketahanan fizikal yang dimiliki. Pandangan sebegitu nampak agak sempit, kerana bagi mereka semakin kita kuat semakin kita lupa dengan hakikat diri kita yang serba lemah.. kalau begitu semakin tinggi pelajaran kita semakin kita lupa hakikat diri kita yang bodoh.. 









1 comment:

  1. ermm betul saudara BK..ilmu ALLAH itu luas..tiada salah meniru gerak laku dan bukan perilaku..lihat sahaja sejarah nabi adam dimana peristiwa pembunuhan ahabil qabil..pengebumian di tiru dari seekor burung gagak bukan???...jika sejarah awal telah pun begitu tiada salah earsenye..kate orang minang "alam terkombang mnjadi guru"...kerna semuanya kehendaK MAHA PENCIPTA..WASALM

    ReplyDelete