Wednesday, 23 November 2011

sembuh demam

             Minggu lepas 18 nov, BK menyertai kursus olahraga anjuran gayung fatani kg laut. Kursus berlangsung selama 3 hari 2 malam telah memberi penambahan terhadap informasi mengenai silat olahraga dan gayung fatani. Balik kursus terus demam, ni baru baik.. ni sedikit gambaran tentang kursus tu..

cikgu yazid's briefing

dengar ceramah je 3 hari

          Nak cerita apa yang BK dapat pon panjang sebenarnya, jadi BK tak nak cerita. Cuma BK nak cerita sikit suasana latihan silat. Silat biasanya dikaitkan dengan islam memandangkan silat telah melalui revolusi dimana budaya-budaya silat yang sedikit sebanyak mengandungi unsur tahyul pada zaman dahulu telah diresapi oleh akhlak-akhlak islam. Namun budaya-budaya islam yang sepatutnya ada dalam silat telah dipisahkan oleh ahli-ahli silat. Pelatih lelaki dan perempuan berlatih bersama, bukan setakat berlatih dalam majlis yang sama. Kita sentiasa ditazirahkan dengan belajar silat adalah fardu kifayah berdasarkan al-quran 

Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. (QS al-Anfal [8]: 60).

      Bahkan kita juga didedahkan dengan keadaan dan situasi sekarang yang merbahaya dan memerlukan kita untuk mempunyai bekalan ilmu mempertahankan diri. Begitulah mereka menekankan kepentingan dan keperluan ilmu ini untuk dipelajari. Tambahan lagi mereka mengatakan bahawa silat juga mampu mendidik dan membentuk akhlak yang baik dan terpuji. Namun, BK terkilan ketika proses latihan jurulatih membenarkan tindakan lelaki dan perempuan yang boleh berkahwin berlatih bersama. Terlalu jelas mereka hanya mengikut suruhan Tuhan jika ia bertepatan dengan nafsu dan sebaliknya.
 -
----------lau owang couple k gak pgang2, diaorang memang tgh buat mende x elok. p silat ni mende elok, tiba2 dicampur adukkan dengan maksiat.. hilang nilai silat--------------

Sunday, 13 November 2011

kenangan

Semalam BK mimpi akan seseorang yang BK nak sangat jumpa. Susahnya nak melupakan dia. Sebetulnya BK menyesal sebab mensia-siakan dia. Susah nak jumpa orang yang dapat memahami kita luar dan dalam. Lepas dah lost contact BK rase rindu sangat akan kasih sayangnya. Lepas pada tu baru BK faham makna harapan, rindu dan cinta. bodohnya aku..

marahnya aku pada diri sendiri


andai dia nak pukul BK separuh mati pon BK rela asalkan dia kembali kepada BK.

Monday, 7 November 2011

gambar..

cerita sal gambar ni, sebenarnya BK tak suka sangat bergambar. Sebab tu tak banyak gambar dalam blog ni. sekarang BK tengah cuti sem, awal-awal cuti sem BK pergi trip untuk belajar silat. tengok hasilnya
silat dale selut
 adi cakap ' supo nga ore x pero doh ' (da macam tak ada orang pelihara).. balik tu BK cuma pergi latihan Gayung Fatani, mula-mula cikgu suruh pilih nak belajar tempur ke solo, BK masuk la solo tengok-tengok solo kreatif.. BK hancus lau solo kreatif, BK pon tuka kepada belaja tempur.. 18 nov ni BK akan join kursus olahraga anjuran Gayung Fatani, takut jugak nak join..yang datang pulak bukan yang baru nak belajaa, yang da expert-expert, BK baru je merangkak dalam olahraga silat ni. habis je kursus ni terus buka sem baru.. alamak, tak sempat nak rehat.. anyway, semalam BK join reunion pelajar English For Speaking kat wakaf bharu, baru nk celebrate tengok-tengok restoran tutup pulak sempena raya haji.. las-las teacher kitaorang beli air kotak+kek apollo+biskut n then kita orang pon start la our conversation.. kebanyakan diaorang masuk U, BK je tak sampai lagi..