Wednesday, 25 January 2012

semalam

semalam, BK berbual dengan sahabat BK yang berada di Kuwait. Lebih kurang 2jam berbual mengenai keadaan disini dan keadaan disana. Banyak kenangan BK bersama sahabat tersebut. entah dapat jumpa lagi, entahkan tidak.. takdir yang menentukan, bukan kemahuan.

hari ni BK cuti. masa awal cuti BK telah dirampas aktiviti yang agak padat. tapi sampai petang ni je. malam ni ada temu janji dengan sahabat uitm. harini tu je laporan BK.

beberapa hari lepas, ada sahabat BK bertanya mengenai gaya dan buah dalam gayong yang kelihatan kompleks. BK nak ulang sekali lagi jawapan bagi persoalan tersebut. dalam satu-satu pukulan gayong, untuk menyelesaikan pukulan tersebut memerlukan berbelas-belas gerakan. namun dalam pertempuran sebenar, kita bertindak mengikut keperluan sahaja, jika dengan 2-3 gerakan musuh sudah lemah cukuplah. kalau hanya dengan 1 gerakan dalam pukulan cukup untuk menyudahkan lawan, cukuplah setakat itu sahaja.

jikalau tidak cukup, tambahlah gerakan-gerakan pukulan mengikut keadaan dan kawasan-kawasan yang terdedah pada tubuh lawan. pada BK ia adalah suatu sistem untuk membuatkan pelatih menyerang dengan bertubi berbanding 1 buah 1 pukul. selain itu, pelatih yang menerima pukulan menerima latihan asakan bertubi. jika selepas asakan tersebut pesilat masih boleh bertahan, maka boleh kita katakan pesilat tersebut adalah seorang yang lasak. namun bukan setakat terima 1 pukulan dah cukup lasak. kalau macam tu mak cik kat kampung pon lasak.



begitu juga dalam sistem kuncian, pelbagai kaedah kuncian diajar supaya pelatih dapat memahami dan melaksanakan kuncian mengikut keadaan dan kesesuaian, bukan ikut silibus. ramai pelatih sekarang berusaha mengingati silibus bukan memahaminya. bengkung dikejar kerana ia melambangkan ketinggian taraf. lebih baik ilmu tinggi daripada warna bengkung yang berada pada tingkatan tinggi

Tuesday, 17 January 2012

selection

Misi BK tahun ni BK berharap Gayung Fatani dapat hantar BK menyertai SUKMA memandangkan umur BK pon da cecah 20an..(ase macam da tua plak)

Beberapa minggu kemudian, BK telah terpilih untuk mewakili Kg Laut bagi menyertai pemilihan atlet SUKMA dan Kebangsaan. Akhirnya, setelah lama BK bertamanni (berharap) untuk menjadi atlet bakal tercapai jugak..

Tapi, isu lain pulak yang timbul menjadi masalah, BK terpaksa menyertai pertandingan olahraga. Minat BK sebenarnya lebih cenderung kepada Jurus Tunggal kerana buah-buah dalamnya cantik dan berseni.. lebih-lebih lagi Jurus Tunggal adalah gabungan banyak silat.. semestinya buah-buah yang cantik dan kemas akan dimasukkan ke dalam jurus ini.. paling kurang pon masuk tempura tau ganda pon ok jugak.. olahraga ni jauh sangat dengan minat BK..

Walaubagaimanapun, BK nak teruskan jugak sejauh mungkin.. boleh BK ukur kemampuan BK dalam permainan olahraga ni. Paling kurang pon kalah kat Kebangsaan nanti, lau kalah kat selection taun ni tak dapat la BK merasa jadi atlet Kelantan.

Isu kedua pulak, ada beberapa orang lagi ahli kg laut yang terkategori dalam berat yang sama dengan BK. Menjadikan BK diputuskan untuk menyertai Kebangsaan dan ahli lain akan sertai SUKMA.. SUKMA sebenarnya lebih rendah daripada kebangsaan, tapi nak juga BK merasa bertanding dengan atlet-atlet daripada golongan muda ni.. hehe

cuti-cuti


Lame betul BK posting, bukan tak de isu, Cuma tak de gambar.. lepas kena komen ngan kawan BK sal blog ni kurang pic, BK pon terus mencari gambar-gambar nk upload kat blog ni.. hehe

Anyway, ni pic mase BK g perak

ni kat depan sk BK dlu

sekitar sk

ni surau sk.. time kecik dlu zohor kat cni sblum balik =)

ni kantin.. time sk dulu, berlumba sapa sampai kantin dlu..

 Then, ni pic mase lepas reunion kelas speaking BK.. masa tu semua da balik da.. tinggal 6 orang je.. dweorang tak dapat nak balik sebab hujan.. 

dari kiri amy, yuni, BK, suha n amalina