Seni beladiri mengikut beberapa aliran adalah kita memaksa diri kita supaya sampai kepada keupayaan tubuh yang maksimum sama ada dari segi kekuatan, ketahanan, kepantasan,ketepatan dan sebagainya. perkara ini agak susah untuk dicapai tanpa latihan yang keras, disiplin dan ketahanan mentaliti kita. Secara umumnya semua aliran menekankan konsep ketepatan, ketangkasan, kekuatan dan KETAHANAN. Namun ada juga aliran beladiri yang tidak terlalu menekankan faktor ketahanan kerana mereka berpendapat perkara ini dikategorikan sebagai menyeksa diri dan ia adalah haram dalam Islam.
Disini BK ingin mengemukakan dua pendapat BK. Pertama, beladiri lahir mengikut aliran pemikiran, situasi dan adat budaya pencipta beladiri tersebut jadi muncul pelbagai teknik yang hanya memerlukan sedikit kekuatan untuk menghasilkan impak besar, teknik yang menggunakan pergerakan besar namun impaknya kecil namun teknik ini dilakukan untuk tujuan tertentu dan bermacam teknik lagi. Jadi apa-apa teknik dan aliran tidak perlu mempertikaikan aliran lain demi membuktikan keberksanan teknik masing-masing.
Pendapat kedua BK adalah bertujuan berkongsi pandangan BK tentang aliran yang menekankan faktor ketahanan dalam aliran mereka. Ketahanan semasa bertarung adalah faktor besar untuk kita terus bertahan dalam keadaan mendesak kerana agak mustahil dalam sesuatu pertarungan kita mampu mengelak semua serangan. BK tidak menafikan bahawa menyeksa diri adalah haram dalam Islam, tetapi jika 'penyeksaan' tersebut dilakukan tanpa tujuan. Sebagai contoh makan, jika kita tidak makan untuk menunjukkan protes terhadap sesuatu dan dilakukan dengan melampau ia adalah haram. Sebaliknya jika kita tidak makan(puasa) bertujuan menahan nafsu ia adalah baik. Malarnya, perbuatan tersebut adalah tidak makan namun membawa tujuan berbeza.
Walau apa pun, setiap tindakan kita mestilah dalam zon sederhana kerana melampau itu amalan mazmumah dan bertentangan dengan Islam, jika terlampau kurang tidak keluar pula hasilnya.
No comments:
Post a Comment