Wednesday, 10 August 2011

.....

ramadan kembali lagi pada tahun ni... semalam ada perjumpaan bersama ahli smart group kat zakini nasi kukus..




jadi kita orang pon berbuka la kat situ.. sebelum nak masuk waktu tu, aku diminta beri takirah la sikit..
jadi aku pon bercadang  untuk bercakap tentang 'bercakap'... ada orang yang bercakap tapi tak buat macam yang dicakapkan.. seeloknya sebelum bercakap kita fikir dulu.. pernah aku mengikuti satu kem, dalam kem tu ada seorang fasilitator ni apabila ada soalan diajukan daripada peserta, fasi tu akan senyap sekejap berfikir sebelum menjawab apa-apa persolan. bukan fasi tu tak tahu jawapan, cuma lebih baik berfikir dahulu sebelum bercakap.. walaupon kita mungkin tau jawapan, paling kurang kita fikir struktur ayat yang sesuai kerana pendengar ni ada banyak kategori, ada yang mudah faham,lambat faham, mudah terasa, mungkin juga muda atau tua. dan bagi yang cakap tak serupa buat tu, bek tak payah cakap lau tak buat.. kita cakap apa yang kita mampu buat je..

sebagai contoh lau kita tak mampu nak jogging 10km, tak payah cakap kita mampu.. jadi fitnah plak lau tak bleh wat.. apatah lagi kalau kita suruh orang sembahyang tahajud ke tasbih ke, sedangkan kita pon jauh lagi dengan amalan sebegitu..

ckup la tu imbasan tazkirah semalam.. bile da mula puasa ni, jarang sangat aku berlatih.. nak jog pon tak berapa rajin.. lebih-lebih lagi berulang dari kolej ke rumah menambahkan lagi kepenatan yang sedia ada.. cumanya bulan puasa ni entah kenape aku banyak teringatkannya.. 










No comments:

Post a Comment