Friday, 23 September 2011

silat bergaya haiwan

Semalam ada la BK tengok satu video, diaorang komen sal silat yang tiru gaya haiwan.. diaorang cakap haiwan tu fleksibel je, sedangkan kita nampak janggal dengan pergerakan-pergerakan tersebut.. ini melawan fitrah; kata diaorang tu la..

Pada BK tak ada salahnya kita nak tiru gaya haiwan-haiwan, bukan tiru perangai haiwan.. Lagi pun kalau dilihat pada fizikal manusia tiada satu pun bersifat senjata yang boleh digunakan untuk beladiri.. sebagai contoh harimau, ular dan kura-kura. Mereka mempunyai fizakal yang secara semula jadi digunakan untuk mempertahankan diri iaitu harimau dengan kukunya, ular dengan taringnya yang berbisa dan kura-kura dengan cengkerangnya yang keras. namun apa yang ada pada manusia untuk membela diri..? tangan digunakan untuk mengangkat barang dan membuat kerja harian.. Kaki untuk berjalan.. Pada pendapat BK kita telah menambahkan aplikasi kaki dan tangan supaya boleh digunakan dalam beladiri untuk menangkis, menumbuk, menendang dan sebagainya.. Sebagai contoh sudu, kebiasaannya sudu digunakan untuk mencedok sup,kuah atau makanan.. itu tujuan asal sudu dicipta, namun kadang-kadang kita menggunakan sudu untuk mencungkil penutup tin yang ketat ..

Di samping itu klip video itu juga menegaskan latihan-latihan artis beladiri yang lain untuk menambahkan ketahanan fizikal seperti latihan menguatkan tulang kering, angkat berat dan lain-lain berkemungkinan menyebabkan kita lupa bahawa ada yang lebih kuat daripada kita. Selain itu, lahir perasaan sombong dan angkuh dengan kekuatan dan ketahanan fizikal yang dimiliki. Pandangan sebegitu nampak agak sempit, kerana bagi mereka semakin kita kuat semakin kita lupa dengan hakikat diri kita yang serba lemah.. kalau begitu semakin tinggi pelajaran kita semakin kita lupa hakikat diri kita yang bodoh.. 









Thursday, 8 September 2011

cuti mid sem


Sebenarnya aku ni tak de la minat sangat main game, tapi entah kenapa aku telah menghabiskan masa tidurku untuk menghabiskan level-level dalam “angry bird”… dalam game ni ada babi dan burung.. telur-telur burung telah di curi oleh babi-babi, jadi kita sebagai burung perlu menghapuskan babi demi membalas dendam terhadap telur-telur yang dicuri.. aku masih lagi dalam cuti, aku kill time dengan main game ni je lah selepas penat buat senaman-senaman ringkas. Lepas raya ni baru aku boleh sambung balik aktiviti-aktiviti dan latihan macam biasa.. 
angry bird

Ringkasnya, ni adalah Ramadan di ipt ku yang ke-2. Lain la sikit suasana Ramadan dekat sini berbanding yang sebelum ni. Masa kat ipta sebelum ni, kelas dua jam, aktiviti kokurikulum berjalan macam biasa. Bagi sesiapa yang ada kelas malam, terawih berjemaah di masjid terpaksa dilepaskan. Kalau nak harap buat sendiri, tak terbuat jawabnya. Aku pon banyak tinggal terawih sebab mengejar masa untuk menyiapkan assignment yang bertambun dan bersambung siri-sirinya..
Berbeza dengan Ramadan di ipt ke-2 ku, masa kuliah dan tutorial dikurangkan selama 10 minit bagi setiap 1 jam. Kelas kat sini pun subjek wajib                 MQA je yang kuliah 2 jam, yang lain semua kuliah 1 jam je..  rilek je la..
Ramadan taun ni aku boleh bangga la sikit, walau terawih celup-celup je, tapi lagi banyak daripada yang taun lepas punye.. Cuma kecewa sikit aku terlepas terawih terakhir.. L.. hari raya taun ni macam biasa, tak rasa exited sangat cam budak-budak dulu. Rumah kawan-kawan pon tak sempat nak ziarah semua. Tak pe la, nanti lain kali.
Cuti mid sem ni, aku terkilan sikit sebab nanti buka sem kurang seorang sahabat. Kira dia ni best friend la, tapi dia kena sambung study in abroad. Raya ni sempat la pergi rumah dia, jumpa untuk kali terakhir sebelum dia berangkat pergi. Aku ingat nak bagi hadiah, tapi tak jumpa yang sesuai. Aku Cuma karang sedikit ucapan bersama sekeping kad raya, walaupun kad raya tu tak cantik sangat sebab buat sendiri, tapi aku dah cukup gembira bila dia menyatakan suka dengan kad tu..
Aku harap lepas ni aku boleh jumpa lagi dia sebab menjadi kerugian yang besar bagiku kehilangan seorang sahabt sepertinya.. aku tak berapa pandai nak berayat-ayat ni, Cuma aku nak mendedikasikan lirik ‘there you’ll be’ nyanyian faith hill ni khas untuk dia.
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me

In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be