Friday, 4 May 2012

belajar

salam semua.. 

           BK baru je habis tusyen kat wakaf bharu. Harini disebabkan ustaz yang mengajar bahasa arab tak dapat datang, maka wasiat untuk menggantikannya telah diperturunkan kepada BK.. maka, secara automatiknya BK studi lewat malam sebagai persiapan untuk mengajar keesokan harinya. masa dalam semester, takdanya studi-studi. 

byaknye buku nk bwak masuk dalam kelas, tuisyen je kot.

          biasa sudah, semua cikgu cikgi akan membuat persiapan bagi menurukan pelajaran, kalau tak standby xleh nak jawab la budak bertanya. 

           BK ada melihat beberapa gelagat orang berstatus pelajar yang turut serta dalam majlis- majlis ilmu, tapi mereka lebih berkecenderungan untuk mengajar. mereka ini sangat suka menyampuk ketika guru-guru bercakap dan kadang-kadang mereka cuba membetulkan kawan-kawan yang salah lebih daripada apa yang cikgu dan guru buat. 

        guru tahu kemampuan dan keperluan pelajar-pelajarnya.mungkin kita tahu dan sedar sahabat kita melakukan kesalahan atau kekurangan dalam beberapa, tetapi jika guru masih ada ditepi sahabat kita, biarkan guru melaksanakan tugasnya.  BK lebih cenderung untuk tidak melemparkan komen jika guru ada depan kecuali jika ditanya. 

kenyataan BK bukan bermakna kita tidak perlu membantu sahabat, tetapi biarlah bertempat, biar beradab.

                                                         ********************************

pengumuman kepada sahabat-sahabat segayong...kursus intensif gayong warisan akan diadakan pada

tarikh : 10,11 dan 12 mei 2012
tempat : sri muara resort
bayaran : RM40

mana-mana ahli gayong warisan yang berkesempatan sangat dialu-alukan untuk menyertai kursus ini..


BK bersama Akram(tengah) dan gayungmannya dan adi dengan gomolannya.... zaaaaaaaaat




 


Monday, 26 March 2012

background hitam

             harini BK nk kongsi cara nak buang WAT. WAT atau nama panjangnya Windows Activation Technologies berkod (KB971033). korang boleh dapati wat ni kat windows update. biasanya ramai-ramai pengguna windows7 OS(operating system) guna yang pirate punye. jadi apabila korang terupdate fungsi WAT, automatik window dapat kesan korang guna window pirate. biasanya, kesan apabila korang update wat ni background desktop akan jadi gelap dan tak boleh nak tukar background.

latar belakang desktop akan jadi gelap dan ada notis "this is copy of windows is not genuine" 

              jadi untuk menghilangkan wat ni korang kena guna Remove WAT.. cari yang paling latest, kalau korang guna wat remover yang zaman jepun punye memang tak leh nak move r WAT tu. mungkin ada remover lain untuk WAT, kalau ada sila-silalah dikongsi bersama.  

camni la rupa remove WAT
remove wat 2.2.6 <--- click here to download

               ni adalah remove wat yang latest untuk sekarang ni.. lepas ni pandai-pandai la korang google yang latest. ada beberapa kawan BK yang bertanya camane nak cari sebab banyak pilihan. jawapan BK, da banyak pilih je satu. tapi pastikan yang latest. bila dah buka task, klik je kat remove wat dan tunggu notebook atau desktop korang di'restart'.. beyeh..

Sunday, 25 March 2012

mengajar?

                sebenarnya, BK tak nak posting lagi sebab exam masih on the way.. tapi macam nak post ugak. k lah, macam ni, mengajar ni macam urut mengurut. tak semua boleh mengurut, sikit-sikit boleh kot. pasal urut-urut ni kita tunggu komen adi je.. muahaha 


                 sebagai panduan bagi yang baru bergelumang dalam bidang mengajar..  BK pon tak biasa sangat dan tak suka sangat mengajar. tapi ada la sedikit pengalaman berkongsi ilmu persilatan dengan pelajar maahad muhammadi lelaki bermula 2008 sehingga sekarang. BK pernah berkongsi dengan pesilat lelaki, perempuan dan kanak-kanak. mereka-mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan gaya penerimaan yang tertentu.

susa uh nak bagi dweowang pandai


                  kebiasaannya pesilat lelaki lebih mudah memahami dan mengingati pelajaran. mereka juga tidak 'berkira' kalau ditengking atau didenda. malahan ada sesetengah daripada pesilat lelaki yang tidak berpuas hati jika jurulatih 'bersopan santun' dengan mereka. namun walau ada diantara mereka yang agak keras, kita masih perlu mengambil kira kemampuan pesilat lain. beransur majulah dalam latihan.

tgok demo ni, mudoh pehe ngaji.. muahaha


                  wanita pada BK adalah makhluk yang sangat susah untuk BK fahami. namun sebagai jurulatih,BK harus memahami wanita daripada kontek bersilat. mereka kebiasaannya agak malu-malu kucing untuk melakukan gerakan terutama di hadapan jurulatih lelaki. jadi, sebolehnya beri mereka ruang agar mereka lebih selesa untuk belajar namun masih dalam pemantauan jurulatih. vice versa dengan lelaki, wanita sukar untuk memahami dan melakukan gerakan pembelaan, jadi penerangan secara terang bersuluh diperlukan agar mereka lebih berkepahaman. 

aksi wanita cairo.. (x masuk BK macam ni, surrender beb)

                  hah, walaupun nampak macam mudah nk kawal, tapi yang ni la yang paling susah nk jaga.. pusing depan, yang belakang entah ke mana, pusing belakang yang depan entah ke mana. disini, perlu sedikit unsur humor agar mereka tak bosan dan sedikit unsur tengking-menengking agar mereka dalam keadaan terkawal. inilah kanak-kanak riang brand ribena. kanak-kanak mudah bosan jika pelajaran disampaikan dengan cara tidak menarik, tapi akan pijak kepala lau wat baik. pandai-pandaila ambik hati budak-budak tu, sebagai contoh bagi buah-buah yang nampak hebat dimata mereka macam buah pelepas kalau orang sepak ke, cekik ke.   

miiiiiaooooooow..!!!


               apa-apa pun, cuba faham keadaan pelajar-pelajar kita, insyaallah mereka akan memberi kerjasama. bersederhana dalam latihan dan ansur maju bak kata cikgu faiz hasan.(kredit tuk kata-kata cikgu).

Monday, 5 March 2012

angin



semalam BK tak pergi latihan sama ada latihan gayung fatani di kg. laut atau gayong di bachok. hari ni rasa 'angin' nak bertumbuk. ni la padah buat tugasan 'last minute'.. hehe next time buat lagi.. lepas periksa, nak gomo sungguh-sungguh. time pekso ni banyak dah latihan yang di 'skip'. latihan aerobik dan anaerobik pun dah lama tak buat, rasa macam orang tua pulak bila lama tak buat latihan, cepat letih. 

jog 3km pon ase da semput

push up pon 40x da xleh nk angkat

angkat kaki pon da x stinggi kung fu panda..


cepat-cepat la final berlalu, tak tahan BK berada dalam keadaan macam ni.. =(  ni mesej untuk beberapa perkara n person

rohaidi --> mujo demo abis pekso awal..
fiza --> nati kwe sdoh pekso kawe g umoh cikgu nasir.. hehe
jogging --> baru skali ungga 11km, blo plok tau nk ungga plok
peksa --> habis cepat-cepat la, nk silat pulok ni
assignment --> watpo la kamu slalu diketepikan?







Friday, 24 February 2012

i wanna it that way

Kadang-kadang tengok blog rouh adi ase dengki plak sebab adi banyak pos, BK plak pos celup-celup je. Banyak benda nak cite, tapi malas nak cite. 2 minggu agi study week lepas tu exam. Assignment pun mula dibuat untuk mengejar date line. Hehe Nampak sangat menangguh kerja. Ni separuh daripada buku-buku yang kena study untuk semester ni 



Lepas habis exam, cuti seminggu lepas tu ada kursus bahasa, tak rilek jugak la cuti ni. BK bukan nak rilek tak buat apa-apa, Cuma nak rilek daripada subjek-subjek akademik. Hehe kalau boleh cuti 2 bulan ni nak masuk apa-apa kursus atau kem martial art.
Beberapa hari lepas, BK dimaklumkan akan program bersama silat gayong dan silat cekak maahad muhammadi lelaki untuk lawatan ke kuala lumpur. Yang lawatan tu BK tak kisah sangat, tapi bila dia orang cakap nak buat lawatan ke pejabat majalah seni beladiri yang tak tahan tu. Bergetar jiwa, tapi apakan daya, program tu bakal berlangsung selama semasa BK tengah final.
Setakat ni sama ada gayung fatani atau gayung warisan belum mengumumkan sebarang program dalam masa terdekat. Bosan pulak ase. Mintak-mintak la tahun ni banyak program berlangsung. Dah la BK tak ada penglibatan di kolej sekarang, lau tak da sijil kokurikulum takut tersangkut nanti nak mohon masuk ipta.

Ni BK nak tunjuk sikit persalinan (cewah!) yang paling BK sukai

                Bukan nak cakap apa, tapi kalau BK demam ke, selsema ke, sakit urat ke, kalau pakai je persalinan ni rasa sakit hilang serta merta. Semangat jadi naik. Hehe baju ni da masuk 2 tahun bersama BK. Sebenarnya baju ni milik fiza, sahabat BK, tapi memandangkan baju ni agak besar untuk fiza dan baju BK pula agak kecik untuk BK, maka kami pun bertukar la baju. Umur baju ni lama jugak la, lebih kurang 6 tahun. Seluar pulak BK dapat pada tahun 2009/2010 lebih kurang, seluar asal yang BK punya BK bagi kat kawan. Jadi ni seluar baru la, sahabat BK fakhrin yang bagi kat BK sebab sahabat BK tu dah bersara daripada dunia persilatan.

Wednesday, 25 January 2012

semalam

semalam, BK berbual dengan sahabat BK yang berada di Kuwait. Lebih kurang 2jam berbual mengenai keadaan disini dan keadaan disana. Banyak kenangan BK bersama sahabat tersebut. entah dapat jumpa lagi, entahkan tidak.. takdir yang menentukan, bukan kemahuan.

hari ni BK cuti. masa awal cuti BK telah dirampas aktiviti yang agak padat. tapi sampai petang ni je. malam ni ada temu janji dengan sahabat uitm. harini tu je laporan BK.

beberapa hari lepas, ada sahabat BK bertanya mengenai gaya dan buah dalam gayong yang kelihatan kompleks. BK nak ulang sekali lagi jawapan bagi persoalan tersebut. dalam satu-satu pukulan gayong, untuk menyelesaikan pukulan tersebut memerlukan berbelas-belas gerakan. namun dalam pertempuran sebenar, kita bertindak mengikut keperluan sahaja, jika dengan 2-3 gerakan musuh sudah lemah cukuplah. kalau hanya dengan 1 gerakan dalam pukulan cukup untuk menyudahkan lawan, cukuplah setakat itu sahaja.

jikalau tidak cukup, tambahlah gerakan-gerakan pukulan mengikut keadaan dan kawasan-kawasan yang terdedah pada tubuh lawan. pada BK ia adalah suatu sistem untuk membuatkan pelatih menyerang dengan bertubi berbanding 1 buah 1 pukul. selain itu, pelatih yang menerima pukulan menerima latihan asakan bertubi. jika selepas asakan tersebut pesilat masih boleh bertahan, maka boleh kita katakan pesilat tersebut adalah seorang yang lasak. namun bukan setakat terima 1 pukulan dah cukup lasak. kalau macam tu mak cik kat kampung pon lasak.



begitu juga dalam sistem kuncian, pelbagai kaedah kuncian diajar supaya pelatih dapat memahami dan melaksanakan kuncian mengikut keadaan dan kesesuaian, bukan ikut silibus. ramai pelatih sekarang berusaha mengingati silibus bukan memahaminya. bengkung dikejar kerana ia melambangkan ketinggian taraf. lebih baik ilmu tinggi daripada warna bengkung yang berada pada tingkatan tinggi

Tuesday, 17 January 2012

selection

Misi BK tahun ni BK berharap Gayung Fatani dapat hantar BK menyertai SUKMA memandangkan umur BK pon da cecah 20an..(ase macam da tua plak)

Beberapa minggu kemudian, BK telah terpilih untuk mewakili Kg Laut bagi menyertai pemilihan atlet SUKMA dan Kebangsaan. Akhirnya, setelah lama BK bertamanni (berharap) untuk menjadi atlet bakal tercapai jugak..

Tapi, isu lain pulak yang timbul menjadi masalah, BK terpaksa menyertai pertandingan olahraga. Minat BK sebenarnya lebih cenderung kepada Jurus Tunggal kerana buah-buah dalamnya cantik dan berseni.. lebih-lebih lagi Jurus Tunggal adalah gabungan banyak silat.. semestinya buah-buah yang cantik dan kemas akan dimasukkan ke dalam jurus ini.. paling kurang pon masuk tempura tau ganda pon ok jugak.. olahraga ni jauh sangat dengan minat BK..

Walaubagaimanapun, BK nak teruskan jugak sejauh mungkin.. boleh BK ukur kemampuan BK dalam permainan olahraga ni. Paling kurang pon kalah kat Kebangsaan nanti, lau kalah kat selection taun ni tak dapat la BK merasa jadi atlet Kelantan.

Isu kedua pulak, ada beberapa orang lagi ahli kg laut yang terkategori dalam berat yang sama dengan BK. Menjadikan BK diputuskan untuk menyertai Kebangsaan dan ahli lain akan sertai SUKMA.. SUKMA sebenarnya lebih rendah daripada kebangsaan, tapi nak juga BK merasa bertanding dengan atlet-atlet daripada golongan muda ni.. hehe