Saturday, 29 October 2011

profesional bersilat @ pesilat profesional @ profesion profesional+pesilat profesional

Panjang tajuk post BK kali ni. Profesional bersilat ni agak ramai sekarang ni, mereka terdiri daripada golongan profesional yang bersilat pada waktu lapang. BK kagum dengan mereka yang berada dalam golongan ini kerana mereka secara umumnya dapat menguruskan waktu antara kerjaya dan silat. BK kalau boleh nak menjadi macam diaorang tapi nampaknya tak berapa tercapai kot memandangkan BK lemah akademik dan bersilat pon tak da la expert.

Golongan kedua ialah pesilat profesional, BK sendiri pon tak tahu definisi sebenar mereka yang berada dalam kategori ni. Tapi BK pernah jumpa seorang pemuda yang tidak mempunyai profesion kecuali sebagai jurulatih silat. Pendapatan beliau daripada yuran-yuran yang pelatih bayar. Bagi BK seeloknya cari nafkah dengan bekerja. Termasuk juga dalam golongan ini guru-guru tua yang telah bersara dan masih lagi melatih pelatih baru. Selain itu,atlit-atlit yang menyertai olahraga, seni etc juga adalah pesilat profesional.

Terakhir adalah mereka yang mempunyai profesion yang profesional disamping itu juga mereka ialah pesilat profesional. Kalau dapat jadi macam ni memang kaw-kaw la. Walau apa pun level-level diatas tidaklah penting, belajar silat pon kalau tak dapat ilmunya dan tak dapat mengaplikasikannya dalam pertempuran tak guna jugak.

Wednesday, 26 October 2011

seksa diri

       Seni beladiri mengikut beberapa aliran adalah kita memaksa diri kita supaya sampai kepada keupayaan tubuh yang maksimum sama ada dari segi kekuatan, ketahanan, kepantasan,ketepatan dan sebagainya. perkara ini agak susah untuk dicapai tanpa latihan yang keras, disiplin dan ketahanan mentaliti kita.     Secara umumnya semua aliran menekankan konsep ketepatan, ketangkasan, kekuatan dan KETAHANAN. Namun ada juga aliran beladiri yang tidak terlalu menekankan faktor ketahanan kerana mereka berpendapat perkara ini dikategorikan sebagai menyeksa diri dan ia adalah haram dalam Islam.
       Disini BK ingin mengemukakan dua pendapat BK. Pertama, beladiri lahir mengikut aliran pemikiran, situasi dan adat budaya pencipta beladiri tersebut jadi muncul pelbagai teknik yang hanya memerlukan sedikit kekuatan untuk menghasilkan impak besar, teknik yang menggunakan pergerakan besar namun impaknya kecil namun teknik ini dilakukan untuk tujuan tertentu dan bermacam teknik lagi. Jadi apa-apa teknik dan aliran tidak perlu mempertikaikan aliran lain demi membuktikan keberksanan teknik masing-masing.
          Pendapat kedua BK adalah bertujuan berkongsi pandangan BK tentang aliran yang menekankan faktor ketahanan dalam aliran mereka. Ketahanan semasa bertarung adalah faktor besar untuk kita terus bertahan dalam keadaan mendesak kerana agak mustahil dalam sesuatu pertarungan kita mampu mengelak semua serangan. BK tidak menafikan bahawa menyeksa diri adalah haram dalam Islam, tetapi jika 'penyeksaan' tersebut dilakukan tanpa tujuan. Sebagai contoh makan, jika kita tidak makan untuk menunjukkan protes terhadap sesuatu dan dilakukan dengan melampau ia adalah haram. Sebaliknya jika kita tidak makan(puasa) bertujuan menahan nafsu ia adalah baik. Malarnya, perbuatan tersebut adalah tidak makan namun membawa tujuan berbeza. 
           Walau apa pun, setiap tindakan kita mestilah dalam zon sederhana kerana melampau itu amalan mazmumah dan bertentangan dengan Islam, jika terlampau kurang tidak keluar pula hasilnya.

Tuesday, 25 October 2011

pesanan guru

          BK mula belajar silat tahun 2006 dan sekarang 2011,lebih kurang 6 tahun la.. still beginner.. sepanjang bersilat ni ada 3 pesanan cikgu-cikgu silat BK yang sentiasa menyinggah di ingatan BK iaitu daripada Cikgu Nasir, Cikgu Muzairi dan Abe Le.. Banyak lagi nasihat dan kata-kata daripada cikgu-cikgu sebenarnya, cuma BK nk post 3 jek... hehe

Cikgu Nasir (belatih, bua sajo tok jadi)
           Kata-kata ni selalu kedengaran ketika kami sedang bercakap semasa latihan. Bukan apa cikgu, kadang-kadang berhenti ambik nafas je, tapi bila dah berbua tu panjang pulak ceritanya.. maaf cikgu.. Dalam belajar silat sebetulnya kena banyak buat, bukan banyak cakap. Tanpa latihan gerakan-gerakan dan teknik tidak akan sebati dengan kaki tangan kita. 

Cikgu Muzairi (semaye-semaye keno jago)-lebih kurang macam tu la ayatnya
            Ayat ni mesti keluar  lau pergi rumah cikgu muzairi. Cikgu Muzairi juga ada berpesan supaya menadah kitab, tambah ilmu agama. BK melihat kata-kata ini daripada banyak skop, nasihat cikgu tu bukan berkisar sekitar solat aje..

Abe Le (selagi air mato tok nitik, selagi daroh tok ngalir jange wat tubek silat)-lebih kurang macam tu la ayatnya
          Nasihat ni BK dengar masa Abe Le memberi ucapan kepada murid-murid baharu selepas upacara perlimau. Menusuk betul nasihat ni, sebelum ni Bk cepat melatah bila ada orang yang cuit-cuit macam nak tunjuk kita ada 'taring' tapi lepas dengar nasihat Abe Le BK cuba kurang-kurangkan latah tu..

          Teguran-teguran dan nasihat yang diberi oleh mana-mana individu tidak bermaksud untuk menjatuhkan aib kita sebaliknya sebagai peringatan dan tunjuk ajar agar kita dapat berubah menjadi lebih baik..pandanglah dari sudut positif okay... :-) 

Monday, 17 October 2011

Buah-buah yang pelbagai

          Ini adalah isu yang BK nak bagi perhatian jugak. Ada pihak yang mengeluarkan cakap-cakap kurang elok mengenai sebuah persatuan seni mempertahankan diri yang mengandungi silibus atau buah-buah yang pelbagai seperti pukulan, kuncian, kombat etc. Pada mereka aliran silat mereka sudah cukup dan sempurna sehingga tidak layak diubah. 
        Namun pandangan ini mula dipertikaikan kerana mereka juga telah cuba mengubah sedikit sebanyak pelajaran mengikut kesesuaian. Ini pada BK adalah sesuatu yang baik dan tidak salah kerana yang lebih utama adalah hasilnya. Pengubahsuaian adalah pemudahcara dan jalan singkat untuk mencapai hasil dan maksud. Sebagai contoh, jika kita ingin ke kedai membeli gula, walau jalan mana yang kita lalui  atau menggunakan kenderaan mana, itu adalah perkara ke dua kerana yang dikehendaki adalah gula. Jika kita menggunakan motosikal, mungkin kita terpaksa berhenti untuk mengisi petrol, ia bergantung kepada keperluan.  
        Berdasarkan pengalaman BK yang baru berkecimpung dalam arena ini, sama ada bertanya dengan orang yang lebih tua dan berpengetahuan luas dalam seni silat atau bacaan-bacaan artikel, asal silat adalah satu guru. Namun guru ini tidak memberi pelajaran yang sama kepada setiap penuntutnya kerana setiap individu mempunyai nilai kelebihan yang tidak sama pada diri mereka. Ada yang bertubuh besar dan kuat namun agak lambat dari segi pergerakannya, ada yang bertubuh kecil tetapi tangkas gerakannya, ada yang bertubuh kecil dan tidak tangkas namun mempunyai daya pemikiran yang tajam dan strategik. Disinilah berlakunya pelbagai langkah dan gerak yang diajar oleh guru tersebut, berdasarkan kemampuan penuntut dan kelebihan padanya.
        Antara nama besar dalam arena silat ialah Dato Meor Abdul Rahman, pengasas seni silat Gayong. permainan Gayong mempunyai kepelbagaian dan pecahan buah yang banyak, ini berlaku kerana Dato Meor mengajar muridnya cara mempertahankan diri. Dato mengajar buah dan pelajaran berdasarkan kemampuan dan kelebihan murid-muridnya. Jika diamati silat Gayong ini, setiap negeri boleh dikatakan mempunyai buah yang berlainan daripada negeri lain, namun falsafah buah adalah sama. Antara tujuan lain Dato tidak memberikan pelajaran yang sama kepada penuntutnya adalah agar murid-murid Gayong dapat bertukar-tukar pelajaran dan juga jalan untuk bersatu BK mengagumi Dato Meor daripada sudut ini kerana dapat memikirkan suatu matlamat jangka panjang.
            Buah atau teknik pada dasarnya mempunyai matlamat atau falsafah tertentu, selagi matlamatnya tidak berubah, sebenarnya buah tersebut tidak mengalami perubahan.