semalam, BK berbual dengan sahabat BK yang berada di Kuwait. Lebih kurang 2jam berbual mengenai keadaan disini dan keadaan disana. Banyak kenangan BK bersama sahabat tersebut. entah dapat jumpa lagi, entahkan tidak.. takdir yang menentukan, bukan kemahuan.
hari ni BK cuti. masa awal cuti BK telah dirampas aktiviti yang agak padat. tapi sampai petang ni je. malam ni ada temu janji dengan sahabat uitm. harini tu je laporan BK.
beberapa hari lepas, ada sahabat BK bertanya mengenai gaya dan buah dalam gayong yang kelihatan kompleks. BK nak ulang sekali lagi jawapan bagi persoalan tersebut. dalam satu-satu pukulan gayong, untuk menyelesaikan pukulan tersebut memerlukan berbelas-belas gerakan. namun dalam pertempuran sebenar, kita bertindak mengikut keperluan sahaja, jika dengan 2-3 gerakan musuh sudah lemah cukuplah. kalau hanya dengan 1 gerakan dalam pukulan cukup untuk menyudahkan lawan, cukuplah setakat itu sahaja.
jikalau tidak cukup, tambahlah gerakan-gerakan pukulan mengikut keadaan dan kawasan-kawasan yang terdedah pada tubuh lawan. pada BK ia adalah suatu sistem untuk membuatkan pelatih menyerang dengan bertubi berbanding 1 buah 1 pukul. selain itu, pelatih yang menerima pukulan menerima latihan asakan bertubi. jika selepas asakan tersebut pesilat masih boleh bertahan, maka boleh kita katakan pesilat tersebut adalah seorang yang lasak. namun bukan setakat terima 1 pukulan dah cukup lasak. kalau macam tu mak cik kat kampung pon lasak.
begitu juga dalam sistem kuncian, pelbagai kaedah kuncian diajar supaya pelatih dapat memahami dan melaksanakan kuncian mengikut keadaan dan kesesuaian, bukan ikut silibus. ramai pelatih sekarang berusaha mengingati silibus bukan memahaminya. bengkung dikejar kerana ia melambangkan ketinggian taraf. lebih baik ilmu tinggi daripada warna bengkung yang berada pada tingkatan tinggi


huhuhu....jumpa kat selection nanti...insyallah
ReplyDelete