Tuesday, 17 January 2012

selection

Misi BK tahun ni BK berharap Gayung Fatani dapat hantar BK menyertai SUKMA memandangkan umur BK pon da cecah 20an..(ase macam da tua plak)

Beberapa minggu kemudian, BK telah terpilih untuk mewakili Kg Laut bagi menyertai pemilihan atlet SUKMA dan Kebangsaan. Akhirnya, setelah lama BK bertamanni (berharap) untuk menjadi atlet bakal tercapai jugak..

Tapi, isu lain pulak yang timbul menjadi masalah, BK terpaksa menyertai pertandingan olahraga. Minat BK sebenarnya lebih cenderung kepada Jurus Tunggal kerana buah-buah dalamnya cantik dan berseni.. lebih-lebih lagi Jurus Tunggal adalah gabungan banyak silat.. semestinya buah-buah yang cantik dan kemas akan dimasukkan ke dalam jurus ini.. paling kurang pon masuk tempura tau ganda pon ok jugak.. olahraga ni jauh sangat dengan minat BK..

Walaubagaimanapun, BK nak teruskan jugak sejauh mungkin.. boleh BK ukur kemampuan BK dalam permainan olahraga ni. Paling kurang pon kalah kat Kebangsaan nanti, lau kalah kat selection taun ni tak dapat la BK merasa jadi atlet Kelantan.

Isu kedua pulak, ada beberapa orang lagi ahli kg laut yang terkategori dalam berat yang sama dengan BK. Menjadikan BK diputuskan untuk menyertai Kebangsaan dan ahli lain akan sertai SUKMA.. SUKMA sebenarnya lebih rendah daripada kebangsaan, tapi nak juga BK merasa bertanding dengan atlet-atlet daripada golongan muda ni.. hehe

1 comment:

  1. hahaha..berombak rindu nampaknya perasaan bk skunk...xpe la bk...at least dapat gak chance g sukma nnti...hehehe

    ReplyDelete