Kadang-kadang tengok blog rouh adi ase dengki plak sebab adi banyak pos, BK plak pos celup-celup je. Banyak benda nak cite, tapi malas nak cite. 2 minggu agi study week lepas tu exam. Assignment pun mula dibuat untuk mengejar date line. Hehe Nampak sangat menangguh kerja. Ni separuh daripada buku-buku yang kena study untuk semester ni
Lepas habis exam, cuti seminggu lepas tu ada kursus bahasa, tak rilek jugak la cuti ni. BK bukan nak rilek tak buat apa-apa, Cuma nak rilek daripada subjek-subjek akademik. Hehe kalau boleh cuti 2 bulan ni nak masuk apa-apa kursus atau kem martial art.
Beberapa hari lepas, BK dimaklumkan akan program bersama silat gayong dan silat cekak maahad muhammadi lelaki untuk lawatan ke kuala lumpur. Yang lawatan tu BK tak kisah sangat, tapi bila dia orang cakap nak buat lawatan ke pejabat majalah seni beladiri yang tak tahan tu. Bergetar jiwa, tapi apakan daya, program tu bakal berlangsung selama semasa BK tengah final.
Setakat ni sama ada gayung fatani atau gayung warisan belum mengumumkan sebarang program dalam masa terdekat. Bosan pulak ase. Mintak-mintak la tahun ni banyak program berlangsung. Dah la BK tak ada penglibatan di kolej sekarang, lau tak da sijil kokurikulum takut tersangkut nanti nak mohon masuk ipta.
Ni BK nak tunjuk sikit persalinan (cewah!) yang paling BK sukai
Bukan nak cakap apa, tapi kalau BK demam ke, selsema ke, sakit urat ke, kalau pakai je persalinan ni rasa sakit hilang serta merta. Semangat jadi naik. Hehe baju ni da masuk 2 tahun bersama BK. Sebenarnya baju ni milik fiza, sahabat BK, tapi memandangkan baju ni agak besar untuk fiza dan baju BK pula agak kecik untuk BK, maka kami pun bertukar la baju. Umur baju ni lama jugak la, lebih kurang 6 tahun. Seluar pulak BK dapat pada tahun 2009/2010 lebih kurang, seluar asal yang BK punya BK bagi kat kawan. Jadi ni seluar baru la, sahabat BK fakhrin yang bagi kat BK sebab sahabat BK tu dah bersara daripada dunia persilatan.


perghhh...blog rouh adi yg x tuh...huhuhu..gud luck exam..
ReplyDelete